Chancellor of Universiti Malaya, His Royal Highness Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, today conferred the Honorary Doctorate in International Relations upon the President of the Republic of Turkiye, His Excellency Recep Tayyip Erdogan, in a Special Convocation Ceremony of Universiti Malaya.
This award is in recognition of his outstanding leadership in diplomatic relations and his significant role on the international stage. As President of Türkiye since 2014 and Prime Minister from 2003 to 2014, Erdogan has strengthened Turkiye’s relations with global powers and developing nations, positioning Turkiye as a key player in global political affairs and Islamic world diplomacy.
These achievements align with Universiti Malaya’s aspiration to recognize distinguished figures who have made a profound impact on the world through leadership, diplomacy, and humanitarian efforts. This honorary degree is not only a mark of respect but also a catalyst for the university’s efforts to promote academic excellence and enhance international relations.
In his speech, the Vice-Chancellor of Universiti Malaya, Professor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, reaffirmed the university’s commitment to strengthening global excellence through close collaboration, international friendships, and the preservation of universal values, norms, and ethics.
"This is in line with Universiti Malaya’s aspiration to establish long-term strategic platforms that create a significant global impact.
"This honorary award is not only meaningful and historic but also serves as a catalyst for Universiti Malaya’s efforts in recognizing distinguished individuals who inspire and uphold universal values," he added.
The Special Convocation Ceremony was held at the Putrajaya International Convention Centre (PICC) and was attended by the Prime Minister of Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Minister of Higher Education, YB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir, and other distinguished guests.
-----------------------------------
PRESIDEN ERDOGAN DIANUGERAHKAN IJAZAH KEHORMAT DOKTOR HUBUNGAN ANTARABANGSA 成人快手
Tuanku Canselor Universiti Malaya, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Republik Turkiye, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan dalam Istiadat Konvokesyen Khas Universiti Malaya.
Penganugerahan ini adalah berdasarkan kepimpinan cemerlang beliau dalam hubungan diplomatik dan peranan signifikan di pentas antarabangsa. Sebagai Presiden Turkiye sejak 2014 dan Perdana Menteri dari 2003 hingga 2014, Erdogan telah memperkukuh hubungan Turkiye dengan kuasa besar dunia serta negara membangun, menjadikan Turkiye sebagai pemain utama dalam isu politik global dan diplomasi dunia Islam.
Kesemua pencapaian ini selari dengan aspirasi Universiti Malaya dalam mengiktiraf tokoh berwibawa yang memberi impak besar kepada dunia melalui kepimpinan, diplomasi, dan usaha kemanusiaan. Penganugerahan ini bukan sahaja sebagai tanda penghormatan tetapi juga pemangkin kepada usaha universiti dalam mengangkat kecemerlangan akademik dan memperkukuh hubungan antarabangsa.
Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, dalam ucapannya berkata Universiti Malaya terus komited dalam memperkukuh kecemerlangan global menerusi semangat kerjasama erat, jalinan persahabatan antarabangsa, serta pemeliharaan nilai, norma, dan etika kemanusiaan sejagat.
"Ini selari dengan aspirasi Universiti Malaya untuk membentuk wadah strategik jangka panjang yang memberi impak besar kepada dunia.
"Penganugerahan ini bukan sahaja bermakna dan bersejarah, malah menjadi pemangkin kepada usaha Universiti Malaya dalam mengiktiraf tokoh berwibawa yang menginspirasikan serta memperjuangkan nilai-nilai sejagat," tambahnya.
Konvokesyen Khas tersebut telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir serta beberapa kenamaan lain.