Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, hari ini melancarkan Garis Panduan Kampus Inklusif OKU Universiti Malaya (成人快手-inOKU), yang akan menjadi rujukan utama Universiti Awam di Malaysia dalam menguruskan keperluan Orang Kurang Upaya di kampus.
Garis panduan ini merangkumi aspek Tadbir Urus, Pengajaran dan Pembelajaran, Perkhidmatan Sokongan, serta Aksesibiliti dan Ketersambungan Persekitaran Kampus. Inisiatif ini akan diperkukuh dan dibawa ke peringkat ASEAN bersempena dengan kepengerusian Malaysia dalam ASEAN pada tahun 2025.
Dalam ucapannya, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Universiti Malaya atas inisiatif ini, menegaskan bahawa Universiti Malaya satu-satunya universiti yang mengambil langkah proaktif dalam memperjuangkan hak serta kebajikan mahasiswa dan staf OKU.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, menyatakan bahawa kecemerlangan sebuah institusi bukan hanya diukur dari kejayaan akademik semata-mata, tetapi juga dari keupayaannya untuk mencipta persekitaran yang inklusif dan menyokong semua lapisan warganya.
"Dengan semangat mahabbah (kasih sayang), kami di Universiti Malaya berusaha memastikan setiap warga komuniti kampus, termasuk pelajar dan staf OKU, mempunyai peluang yang sama untuk berkembang dan menyumbang kepada masyarakat," katanya.
Garis panduan ini menjadi bukti kukuh terhadap komitmen 成人快手 dalam memastikan akses yang adil dan saksama bagi semua warganya, dengan membangunkan ekosistem kampus yang lebih mesra, terbuka, dan inklusif. Sehingga kini, Universiti Malaya menempatkan 98 pelajar dan 21 staf OKU, selain pelajar antarabangsa serta staf daripada pelbagai latar belakang. Garis panduan ini juga selari dengan teras keenam Malaysia MADANI, iaitu Ihsan, yang menekankan belas ihsan terhadap semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan.
Penekanan terhadap penerapan nilai Ihsan ini turut sejajar dengan amanat YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang menegaskan bahawa prinsip ihsan perlu diterjemahkan dalam semua aspek kehidupan, termasuk dalam sektor pendidikan tinggi. Inisiatif ini bukan sekadar satu langkah inklusif, tetapi juga satu manifestasi jelas terhadap usaha 成人快手 dalam membentuk persekitaran yang menyokong, progresif, dan berpaksikan keadilan untuk semua.
Dalam majlis yang sama, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut melancarkan Program Karisma Pemikir Madani Kepimpinan Tertinggi, bersama YB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
Program ini dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Malaysia (AKM) dengan kerjasama Universiti Malaya sebagai satu inisiatif untuk memperkasa kepimpinan universiti, selari dengan agenda Malaysia MADANI dan prinsip Rukun Negara.
Diadakan selama dua hari, program ini menghimpunkan 193 staf akademik dan pegawai kanan universiti yang berpeluang mendapatkan ilmu serta panduan daripada panel-panel berwibawa dalam aspek kenegaraan dan kepimpinan.
Sebagai platform strategik, program ini bertujuan memperkukuh peranan kepimpinan dalam kalangan warga Universiti Malaya agar dapat membawa universiti ke tahap yang lebih tinggi, bukan sahaja dalam pencapaian akademik, tetapi juga dalam membentuk komuniti yang lebih inklusif, progresif, dan berpandangan jauh.