³ÉÈË¿ìÊÖ

corporate@um.edu.my +603-7967 7022                  

UNIVERSITI MALAYA TEGUH MEMACU KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN TADBIR URUS BERINTEGRITI – NAIB CANSELOR


Universiti Malaya (³ÉÈË¿ìÊÖ) terus komited dalam memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi terulung di Malaysia dengan mengekalkan budaya kerja yang cemerlang dan berteraskan integriti.

Komitmen ini ditegaskan oleh Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, dalam Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 yang berlangsung Khamis lepas. Majlis ini dihadiri lebih 1,200 warga kampus secara fizikal serta lebih 25,000 penonton secara dalam talian.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa ³ÉÈË¿ìÊÖ akan terus berpegang teguh kepada prinsip tadbir urus yang baik serta kebertanggungjawaban. Beliau menekankan bahawa setiap kejayaan yang dikecapi bukan sekadar pencapaian individu, tetapi mencerminkan kemajuan menyeluruh dalam ekosistem pendidikan tinggi negara.

“³ÉÈË¿ìÊÖ menyahut baik saranan Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dimana penjawat awam perlu terus mengutamakan kecemerlangan perkhidmatan, budaya kerja berprestasi tinggi dan pelaksanaan dasar yang cekap.

“Kejayaan ³ÉÈË¿ìÊÖ bukan untuk mendominasi, tetapi untuk memacu lonjakan kolektif dalam kalangan universiti lain. Prinsip continuity and change menjadi panduan utama dalam memastikan universiti ini terus relevan, dengan memelihara yang terbaik sambil meneroka peluang baharu untuk penambahbaikan.

"Kita harus memastikan Universiti Malaya kekal sebagai institusi yang berintegriti dan bebas daripada sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa, rasuah, atau skandal yang boleh mencemarkan imejnya. Setiap warga kampus berhak berada dalam persekitaran yang selamat, dihormati, dan bebas daripada eksploitasi.

“Universiti Malaya juga mengambil langkah proaktif dalam memperkukuh kesedaran serta pendidikan mengenai batas tingkah laku bagi memastikan persekitaran kampus yang harmoni. Sebarang bentuk gangguan, termasuk buli dan gangguan seksual, tidak akan ditoleransi,” tegas Profesor Noor Azuan dalam ucapannya.

Profesor Azuan juga menambah bahawa sebagai sebuah institusi yang menerajui pendidikan tinggi di Malaysia, ³ÉÈË¿ìÊÖ sentiasa mengutamakan kecemerlangan akademik, penyelidikan, serta amalan tadbir urus terbaik yang berpaksikan integriti, akauntabiliti, dan profesionalisme. Universiti ini bertekad untuk terus memimpin dalam bidang akademik dan memastikan kepercayaan masyarakat terhadap institusi ini tidak tergugat.

Last Update: Feb 24, 2025